Jumaat, 2 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tak sangka kita ni dah di penghujung Ramadhan kan? Ermm rasanya di penghujung Ramadhan ni cabaran dia lain macam. Lagi mencabar dari awal Ramadhan. Sepuluh malam terakhir lah adanya malam Lailatul Qadar, jadi yang lemah, tak dapat lah mencari malam ini, dan yang kuat, terus istiqamah melakukan qiyamulail. Kita ni termasuk dalam golongan mana? Ke dah syahid nak berhari raya?

Tepuk dada, tak perlu tanya selera, tanyalah iman, bagaimanakah ia hari ini? Moga saki-baki Ramadhan yang ada, kita tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang sengaja dan tidak sengaja kita lakukan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun.

Sempena raya yang bakal menjelang tiba, kami di pihak Taska Minda Kreatif mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska kami. Pesanan untuk ibu bapa dan anak-anak : 
  • Makan lah berpada-pada supaya tidak mendapat penyakit.
  • Awasi anak-anak ketika bermain mercun.
  • Jika ada salah silap daripada pihak kami, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Yang paling penting sekali, janganlah di bulan Ramadhan sahaja kita ber-qiyamulail, membaca dan mentadabbur al Quran, berzikir, bersedekah dan amalan soleh yang lain. Cuba praktikkannya di sebelas bulan yang lain. Bak kata Hilal Asyraf, moga Allah redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan