KESELAMATAN

Taska Minda Kreatif amat menitikberatkan isu keselamatan anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan kami. Pada kami, ini adalah perkara yang paling utama.

Antara ciri-ciri keselamatan yang kami tawarkan adalah:
  • Pelan lantai dan ciri-ciri keselamatan kami memenuhi piawaian dan mendapat kelulusan daripada Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • Semua tingkap dan pintu bergril bagi mengelakkan pihak yang tidak berkenaan dari masuk atau mengelakkan kanak-kanak dari keluar tanpa pengawasan (tetapi mempunyai laluan keluar -'escape plan') sekiranya berlaku kebakaran.
  • Mempunyai tangga keselamatan (kebawah) sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan 
  • Pemadam api (Fire Extinguisher) disediakan di tingkat atas, bawah dan dapur.
  • Tong gas (bagi tujuan memasak) diletakkan di luar bangunan taska. Ia diletakkan didalam kurungan besi dan berkunci. Ini bagi memastikan keselamatan staf dan anak-anak yang berada di dalam taska.
  • Kotak keselamatan ('First Aid Kit') disediakan. 
  • Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, ibubapa akan diberitahu dengan segera.  
  • Staf yang terlatih dan mencukupi bagi mengawasi anak2 yang dihantar ke pusat jagaan kami. 
  • Bayi (0 - 1.5 tahun) dan kanak-kanak berumur 1.5 tahun ke atas diletakkan dalam bilik yang berlainan.
  • Bilik bayi (0 - 1.5 tahun) dan bilik besar (1.5 - 3 tahun) dilengkapi dengan permaidani bagi mengelakkan kemalangan.
Tong Gas Memasak Diletakkan Diluar Bangunan Bagi Menjamin Keselamatan Pengguna Bangunan Taska Minda Kreatif
Gril Dipasang Di Tingkat Atas Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Turun Ke Tingkat Bawah Tanpa Pengawasan Guru
Gril Dipasang Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Memasuki Kawasan Dapur
Gril Sentiasa Berkunci Semasa Beroperasi
Gril Turut Disediakan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Kecil Ke Tingkat Atas Tanpa Pengawasan
4 Alat Pemadam Kebakaran (3 bawah termasuk dapur dan 1 atas) Disediakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan