CARTA ORGANISASI

Taska Minda Kreatif pada masa sekarang diuruskan secara professional oleh Puan Nurfathin Ameerah binti Yunos selaku pengurus. Kami amat menitikberatkan soal keselamatan, keselesaan, kebersihan dan pendidikan kanak-kanak yang dihantar ke Taska Minda Kreatif. Bagi memastikan matlamat kami tercapai, kami sentiasa memastikan bilangan tenaga pengajar kami mencukupi.








Tenaga pengajar Taska Minda Kreatif terdiri daripada 5  orang staf yang terlatih (bilangan ini akan ditambah bergantung kepada bilangan kanak-kanak yang dihantar ke Taska Minda Kreatif).

Keistimewaan staf kami:
  • Sangat setia dengan Taska Minda Kreatif. Staf kami yang paling berpengalaman telah berkhidmat selama 9 tahun.
  • Mempunyai Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi sijil KAAK (Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak) yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta kursus-kursus yang disyorkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Mempunyai pengalaman dalam penjagaan kanak-kanak.
  • Memahami tentang nutrisi dan makanan yang  sihat dan berzat untuk kanak-kanak.
  • Semua pengasuh menerima suntikan kesihatan dari masa ke semasa seperti mana yang disyorkan oleh klinik kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan