PERMAINAN SENTUHAN

Permainan sentuhan sering dikaitkan dengan pembelajaran awal sains. Guru boleh menyediakan bahan-bahan berdasarkan sentuhan. Melalui permainan ini kanak-kanak boleh menyentuh dan meneka objek apakah yang telah disentuh oleh mereka. Melalui permainan sentuhan ini, kanak-kanak dapat mempelajari dan mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin , keras, panas dan sejuk.

Nama permainan : Guessing Game

Barang-barang yang diperlukan
1.       Kain penutup mata
2.       Batu
3.       Span
4.       Minyak makan (dalam mangkuk kecil)
5.       Botol air suam
6.       Kiub ais (dalam plastik kecil)

 Langkah-langkah permainan
  1. Guru meminta kanak-kanak berbaris dalam 2 barisan panjang (bergantung kepada jumlah murid di dalam kelas tersebut).
  2.  Guru menutup mata kanak-kanak menggunakan kain penutup mata.
  3. Kemudiaan, guru menyusun bahan-bahan permainan secara melintang di atas meja bermula dengan batu, span, minyak makan, botol air suam dan diakhiri dengan kiub ais di depan kelas.
  4. Seterusnya, guru meminta kanak-kanak untuk menyentuh setiap bahan tersebut secara bergilir. Kemudian, kanak-kanak akan masuk semula ke dalam barisan mereka.
  5. Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah rasa bahan yang telah mereka sentuh sebentar tadi mengikut urutan susunan bahan tersebut.
  6. Kemudian, guru meminta agar kanak-kanak meneka nama bahan yang mereka telah sentuh tadi mengikut urutan.
  7. Setelah selesai bertanya, guru membuka penutup mata kanak-kanak agar mereka dapat melihat bahan tersebut dan memastikan bahawa setiap jawapan yang diberikan adalah menepati bahan yang digunakan dalam permainan.
  8.  Akhir sekali, guru mengadakan sesi soaljawab bersama kanak-kanak mengenai perbezaan rasa pada bahan-bahan yang telah disentuh.
  9. Kemudian guru mengaitkan contoh-contoh bahan lain yang mempunyai rasa yang sama dengan bahan yang telah digunakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan