PERMAINAN BERBUNYI DAN SENYAP

Permainan Berbunyi Dan Senyap sering dilakukan bersama kanak-kanak untuk menguji kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi dipersekitaran mereka.

Nama permainan : Patuhi Arahan

Langkah-langkah Permainan

1.       Guru memberi arahan supaya kanak-kanak bertepuk tangan sebanyak 3 kali berdasarkan pergerakan jari guru.
2.       Selepas tepukan ketiga, guru akan mengenggam tangan untuk memberikan isyarat berhenti.
4.       Kanak-kanak yang bertepuk lebih dari 3 kali akan didenda untuk meminta maaf dengan suara yang lantang kepada guru dan kanak-kanak yang lain sebanyak 2 kali.
5.       Permainan akan dimulakan dengan rentak yang perlahan. Apabila kanak-kanak sudah tidak melakukan kesilapan lagi, guru boleh meningkatkan rentak tepukan kepada kadar yang sederhana laju.
6.       Apabila kanak-kanak sudah mampu menguasai permainan dalam rentak yang sederhana laju,guru boleh bermain permainan tersebut dengan rentak yang lebih laju bersama dengan kanak-kanak.
7.       Melalui permainan ini kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap arahan dari guru dan juga bunyi tepukan yang dimainkan dalam satu2 masa.
8.       Pergerakan juga boleh diubah daripada bertepuk tangan kepada menghentak kaki ataupun menepuk paha.


Nama permainan : Meneka Bunyi

Barang-barang yang diperlukan
1.       Radio
2.       Pendrive

Langkah-langkah permainan
1.       Guru memainkan beberapa jenis bunyi alam persekitaran secara urutan satu persatu kepada kanak-kanak.
Contoh bunyi alam persekitaran:
a.       Ketukan pada dinding
b.      Duit syiling jatuh
c.       Kaca pecah
d.      Gong
e.      Hon kereta
f.        Tepukan
g.       Burung berkicau

2.       Setiap kali habis memainkan satu bunyi, guru akan memadam radio dan meminta kanak-kanak untuk meneka bunyi yang telah mereka dengar.
3.       Guru menulis pilihan jawapan yang telah diberikan oleh kanak-kanak di papan putih.
4.       Kemudian, guru memainkan bunyi seterusnya dan proses tersebut akan diulangi untuk setiap bunyi yang akan dimainkan.
5.       Setelah selesai semua bunyi dimainkan, guru akan memberitahu jawapan bagi setiap bunyi yang telah kanak-kanak dengar dan membandingkan jawapannya dengan pilihan jawapan yang telah diberikan oleh kanak-kanak.

Nama permainan : Botol Muzik

Barang-barang yang diperlukan :
8 biji botol kaca
Air putih
Sudu

Langkah-langkah permainan
1. Susun 8 biji  botol sebaris.
2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2 krgkn sedikit dan seterusnya)
3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol berbeza .( sepatutnya boleh dapat bunyi seakan ‘do re mi fa so la ti do’)
4. Disini kita sebagai guru dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi yang dihasilkan. 
4. Cuba hasilkan lagu-lagu seperti ” Mary Had A Little Lamb”, “London Brigde Is Fallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli”. Memang bunyinya sedikit berbeza tetapi hampir sama.
5. Selamat mencuba.



Nama Permainan : Aktiviti Menyusun Bongkah


Bahan : Bongkah plastik/getah pelbagai warna

Permainan bongkah ini juga boleh dikategorikan sebagai permainan berbunyi dan senyap. Hal ini demikian kerana, apabila kanak-kanak bermain atau melakukan aktiviti menyusun bongkah, sama ada secara berkumpulan atau bersendirian, kanak-kanak sedikit sebanyak akan mengalami sesuatu emosi. Misalnya kanak-kanak akan berasa gembira apabila dapat menyusun bongkah dengan lancar dan cantik. Tetapi sebaliknya kanak-kanak akan berasa sedih atau marah apabila bongkah yang disusun jatuh atau roboh. Disini juga kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi. Kanak-kanak akan memberi tumpuan yang sepenuhnya apabila bermain bongkah, terutamanya apabila dibiarkan bermain secara bersendirian.




Cara bermain
1. Sediakan bongkah yang pelbagai warna.
2. Pastikan bongkah yang digunakan blok plastik/getah dan tidak terlalu berat.
3. Bongkah yang digunakan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
4. Bawa kanak-kanak di tempat yang lapang dan selesa untuk bermain bongkah.
5. Biarkan kanak-kanak menyusun bongkah dengan sendiri untuk menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan yang sepenuhnya.
6. Lihat reaksi kanak-kanak apabila bongkah yang mereka susun jatuh atau roboh, adakah mereka marah, sedih, gembira ataupun menangis. Disini kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi, daripada senyap ketika menyusun bongkah kepada bunyi bising apabila bongkah jatuh atau roboh.
7. Perhatikan kanak-kanak dari arah yang dekat atau jauh semasa bermain untuk mengelakkan kanak-kanak tidak tercedera atau sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan