Rabu, 29 Mei 2013

LATAR BELAKANG TASKA

Taska Minda Kreatif telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2010. Taska ini telah didirikan atas titik peluh Puan Norfathin Ameerah sendiri. Beliau merupakan pengarah sekaligus merangkap pengurus taska.
Hasil kepercayaan ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka, Taska Minda Kreatif telah mempunyai hampir 5 cawangan di seluruh Malaysia. Cawangan utama kami berada di Damansara Damai.
Kami mengutamakan konsep kreatif dalam setiap aktiviti sekaligus meningkatkan perkembangan kreatif kanak-kanak di taska kami. Di sini, kami menerima kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan