Permainan sentuhan sering dikaitkan dengan pembelajaran awal sains.
Guru boleh menyediakan bahan-bahan berdasarkan sentuhan. Melalui permainan ini
kanak-kanak boleh menyentuh dan meneka objek apakah yang telah disentuh oleh
mereka. Melalui permainan sentuhan ini, kanak-kanak dapat mempelajari dan
mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin , keras, panas dan sejuk.
Nama permainan : Guessing Game
Barang-barang yang diperlukan
1. Kain
penutup mata
2. Batu
3. Span
4. Minyak
makan (dalam mangkuk kecil)
5. Botol
air suam
6. Kiub
ais (dalam plastik kecil)
Langkah-langkah permainan
- Guru meminta kanak-kanak berbaris dalam 2 barisan panjang (bergantung kepada jumlah murid di dalam kelas tersebut).
- Guru menutup mata kanak-kanak menggunakan kain penutup mata.
- Kemudiaan, guru menyusun bahan-bahan permainan secara melintang di atas meja bermula dengan batu, span, minyak makan, botol air suam dan diakhiri dengan kiub ais di depan kelas.
- Seterusnya, guru meminta kanak-kanak untuk menyentuh setiap bahan tersebut secara bergilir. Kemudian, kanak-kanak akan masuk semula ke dalam barisan mereka.
- Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah rasa bahan yang telah mereka sentuh sebentar tadi mengikut urutan susunan bahan tersebut.
- Kemudian, guru meminta agar kanak-kanak meneka nama bahan yang mereka telah sentuh tadi mengikut urutan.
- Setelah selesai bertanya, guru membuka penutup mata kanak-kanak agar mereka dapat melihat bahan tersebut dan memastikan bahawa setiap jawapan yang diberikan adalah menepati bahan yang digunakan dalam permainan.
- Akhir sekali, guru mengadakan sesi soaljawab bersama kanak-kanak mengenai perbezaan rasa pada bahan-bahan yang telah disentuh.
- Kemudian guru mengaitkan contoh-contoh bahan lain yang mempunyai rasa yang sama dengan bahan yang telah digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan