Permainan Berbunyi
Dan Senyap sering dilakukan bersama kanak-kanak untuk menguji kepekaan
kanak-kanak terhadap bunyi dipersekitaran mereka.
Nama permainan : Patuhi Arahan
Langkah-langkah Permainan
1. Guru
memberi arahan supaya kanak-kanak bertepuk tangan sebanyak 3 kali berdasarkan
pergerakan jari guru.
2. Selepas
tepukan ketiga, guru akan mengenggam tangan untuk memberikan isyarat berhenti.
4. Kanak-kanak
yang bertepuk lebih dari 3 kali akan didenda untuk meminta maaf dengan suara
yang lantang kepada guru dan kanak-kanak yang lain sebanyak 2 kali.
5. Permainan
akan dimulakan dengan rentak yang perlahan. Apabila kanak-kanak sudah tidak
melakukan kesilapan lagi, guru boleh meningkatkan rentak tepukan kepada kadar
yang sederhana laju.
6. Apabila
kanak-kanak sudah mampu menguasai permainan dalam rentak yang sederhana laju,guru
boleh bermain permainan tersebut dengan rentak yang lebih laju bersama dengan kanak-kanak.
7. Melalui permainan ini kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap arahan dari guru dan juga bunyi tepukan yang dimainkan dalam satu2 masa.
7. Melalui permainan ini kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap arahan dari guru dan juga bunyi tepukan yang dimainkan dalam satu2 masa.
8. Pergerakan
juga boleh diubah daripada bertepuk tangan kepada menghentak kaki ataupun
menepuk paha.
Nama permainan : Meneka Bunyi
Barang-barang yang
diperlukan
1.
Radio
2.
Pendrive
Langkah-langkah
permainan
1.
Guru memainkan beberapa jenis bunyi alam
persekitaran secara urutan satu persatu kepada kanak-kanak.
Contoh bunyi alam persekitaran:
a.
Ketukan pada dinding
b.
Duit syiling jatuh
c.
Kaca pecah
d.
Gong
e.
Hon kereta
f.
Tepukan
g.
Burung berkicau
2.
Setiap kali habis memainkan satu bunyi, guru
akan memadam radio dan meminta kanak-kanak untuk meneka bunyi yang telah mereka
dengar.
3.
Guru menulis pilihan jawapan yang telah
diberikan oleh kanak-kanak di papan putih.
4.
Kemudian, guru memainkan bunyi seterusnya dan
proses tersebut akan diulangi untuk setiap bunyi yang akan dimainkan.
5.
Setelah selesai semua bunyi dimainkan, guru akan
memberitahu jawapan bagi setiap bunyi yang telah kanak-kanak dengar dan
membandingkan jawapannya dengan pilihan jawapan yang telah diberikan oleh
kanak-kanak.
Nama permainan : Botol Muzik
Barang-barang yang diperlukan :
8 biji botol kaca
Air putih
Sudu
Langkah-langkah permainan
1. Susun 8 biji
botol sebaris.
2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg
berbeza .( jika botol 1 isipadu air byk, botol 2 krgkn sedikit dan seterusnya)
3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap
botol berbeza .( sepatutnya boleh dapat bunyi seakan ‘do re mi fa so la ti do’)
4. Disini kita sebagai guru dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi yang dihasilkan.
4. Disini kita sebagai guru dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi yang dihasilkan.
4. Cuba hasilkan lagu-lagu seperti ” Mary Had A
Little Lamb”, “London Brigde Is Fallling Down, Happy Birthday, Do Re Mi Fa,
Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli”. Memang bunyinya sedikit berbeza tetapi hampir
sama.
5. Selamat mencuba.
Cara bermain
1. Sediakan bongkah yang pelbagai warna.
2. Pastikan bongkah yang digunakan blok plastik/getah dan tidak terlalu berat.
3. Bongkah yang digunakan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
4. Bawa kanak-kanak di tempat yang lapang dan selesa untuk bermain bongkah.
5. Biarkan kanak-kanak menyusun bongkah dengan sendiri untuk menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan yang sepenuhnya.
Nama Permainan : Aktiviti Menyusun Bongkah
Bahan : Bongkah plastik/getah pelbagai warna
Permainan bongkah ini juga boleh dikategorikan sebagai permainan berbunyi dan senyap. Hal ini demikian kerana, apabila kanak-kanak bermain atau melakukan aktiviti menyusun bongkah, sama ada secara berkumpulan atau bersendirian, kanak-kanak sedikit sebanyak akan mengalami sesuatu emosi. Misalnya kanak-kanak akan berasa gembira apabila dapat menyusun bongkah dengan lancar dan cantik. Tetapi sebaliknya kanak-kanak akan berasa sedih atau marah apabila bongkah yang disusun jatuh atau roboh. Disini juga kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi. Kanak-kanak akan memberi tumpuan yang sepenuhnya apabila bermain bongkah, terutamanya apabila dibiarkan bermain secara bersendirian.
Cara bermain
1. Sediakan bongkah yang pelbagai warna.
2. Pastikan bongkah yang digunakan blok plastik/getah dan tidak terlalu berat.
3. Bongkah yang digunakan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
4. Bawa kanak-kanak di tempat yang lapang dan selesa untuk bermain bongkah.
5. Biarkan kanak-kanak menyusun bongkah dengan sendiri untuk menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan yang sepenuhnya.
6. Lihat reaksi kanak-kanak apabila bongkah yang mereka susun jatuh atau roboh, adakah mereka marah, sedih, gembira ataupun menangis. Disini kita dapat melihat kepekaan kanak-kanak terhadap bunyi, daripada senyap ketika menyusun bongkah kepada bunyi bising apabila bongkah jatuh atau roboh.
7. Perhatikan kanak-kanak dari arah yang dekat atau jauh semasa bermain untuk mengelakkan kanak-kanak tidak tercedera atau sebagainya.
7. Perhatikan kanak-kanak dari arah yang dekat atau jauh semasa bermain untuk mengelakkan kanak-kanak tidak tercedera atau sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan